Anda ingin belajar Pengucapan Awam untuk meningkatkan keyakinan diri, serta melonjakkan kerjaya dan kepimpinan?

AHLI & DUTA KEPENTAS

Bagaimana Caranya

1. Daftar RM120

2. Perkenalkan seorang kawan untuk mendaftar RM120

3. Dapat balik modal RM120*

4. Bebas untuk belajar di KEPENTAS selama 1 tahun (rujuk butiran program di bawah)

5. Jika anda memperkenalkan lebih ramai kawan untuk mendaftar, anda akan menerima komisen 100% iaitu RM120 per kepala* (dalam tempoh 1 tahun)

* Semua ahli baharu yang mendaftar melalui anda juga layak untuk menerima komisen 100% jika memperkenalkan orang lain

Mengapa Pengucapan Awam?

Pengucapan Awam bukan lagi kemahiran untuk orang-orang tertentu. Pada zaman sekarang, semua lapisan masyarakat memerlukan kebolehan berucap di depan khalayak dan berkomunikasi dengan orang ramai. Majikan, pekerja, penjabat awam, usahawan, golongan profesional, dll. semuanya memerlukan kemahiran ini.

Pengucapan Awam bukan lagi kemahiran eksklusif tetapi “kemahiran menjadi manusia”.

Kemahiran Pengucapan Awam adalah 10% bakat dan 90% usaha. Semua orang boleh mempelajarinya.

Mengapa KEPENTAS?

Kelab Pidato Perdana Antarabangsa (KEPENTAS) ditubuhkan pada tahun 2009 untuk membantu rakyat Malaysia dan warga Nusantara mempertingkat kemahiran menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.

Sehingga kini, KEPENTAS telah menubuhkan 38 cawangan di 5 negara.

Kekuatan KEPENTAS terletak pada silibus yang berkesan, Jurulatih yang berwibawa, rangkaian yang luas, pengalaman 15 tahun dan yuran yang berpatutan.

Mengapa Saya?

Cuba bayangkan bagaimana hidup anda akan berubah menjadi lebih baik dan lebih berjaya jika anda memiliki kemahiran berucap di khalayak. Bayangkan anda tidak lagi dibelenggu masalah gemuruh dan dapat berucap dengan jelas dan berkarisma.

Anda pasti dapat melonjakkan kerjaya dan kepimpinan anda.

Kami bersedia untuk membantu anda. Jom sertai KEPENTAS!

Apa anda dapat jika menyertai KEPENTAS

Kelas Permulaan

Setiap ahli baharu diberi kesempatan untuk mengikuti kelas permulaan yang diadakan dalam talian. Kelas ini berbentuk sesi bimbingan kumpulan kecil (small group coaching) di mana Jurulatih bertugas mengajarkan teknik-teknik asas berucap di khalayak dan membantu peserta untuk mengaplikasikannya.

Kelas Online

Kelas online berterusan diadakan pada setiap Isnin pada pukul 8.30-10.30 malam melalui Zoom. Pelbagai topik akan dibincangkan, dan anda akan belajar melalui teori dan praktikal. Anda dapat bertemu kawan-kawan dan belajar daripada guru-guru yang berpengalaman dari seluruh KEPENTAS.

Kelas Bersemuka

Kelas bersemuka diadakan 2 kali sebulan di setiap cawangan KEPENTAS. Setakat ini, KEPENTAS beroperasi di 27 lokasi di Malaysia Barat & Timur. Kelas ini bersifat optional – sedikit yuran akan dikenakan untuk membiayai kos menjalankan kelas seperti sewa tempat. Jurulatih di KEPENTAS berkhidmat secara sukarela.

Bengkel Intensif

Bengkel intensif (biasanya 1 atau 1/2 hari) diadakan dari semasa ke semasa secara online dan bersemuka. Pelbagai topik menarik akan dibawa. Bengkel-bengkel ini terbuka kepada awam dan yuran penyertaan dikenakan. Ahli KEPENTAS layak mendapatkan diskaun sebanyak 20%.

Pertandingan Pidato

Pertandingan pidato diadakan dari semasa ke semasa. Pertandingan bersiri termasuk Pertandingan Pidato Piala Nusantara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun KEPENTAS dan Pertandingan Pidato Piala Ramadan. Pertandingan-pertandingan ini terbuka kepada ahli KEPENTAS sahaja.

Pensijilan Pemidato

Ujian Pensijilan diadakan secara online pada setiap bulan dan secara bersemuka dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. Ahli-ahli yang lulus akan menerima sijil Pemidato Gred 1-8. Ahli-ahli juga boleh memohon sijil penyertaan biasa jika memenuhi syarat kehadiran.

Ahli KEPENTAS juga mendapat 2 e-buku panduan

Mempelajari 24 teknik berucap di khalayak dalam tahap 1, 2 dan 3

Mempelajari cara menyampaikan 28 jenis ucapan dalam 4 kategori – ucapan untuk Memberitahu, Menghiburkan, Memujuk & Menginpirasi

Sepatah dua daripada Ketua Jurulatih KEPENTAS

Presiden KEPENTAS Cik Sandy Tan akan menjawab kemusykilan anda

Soalan Lazim

Apakah matlamat KEPENTAS menawarkan komisen 100%?

Keutamaan kami di KEPENTAS adalah untuk menjangkau seberapa ramai orang yang boleh. Kami tidak rugi membayar komisen 100% kerana program pemasaran ini tidak memakan kos. Sementara itu, kami dapat menjimatkan kos pengiklanan di media sosial yang semakin meningkat. Kami berbesar hati sekiranya ramai orang sudi mendaftar sebagai ahli dan duta KEPENTAS dan seterusnya aktif memperkenalkan KEPENTAS kepada kawan dan kenalan.

Program ini sesuai untuk siapa?

Program ini sesuai untuk mereka yang berminat untuk belajar Pengucapan Awam. Anda dapat mengakses program yang berimpak tinggi sambil menjana pendapatan tambahan.

Program ini juga sesuai untuk mereka yang lebih berminat dengan prospek menjana pendapatan. Sambil itu boleh belajar jika ada kelapangan. Program di KEPENTAS sangat fleksibel. Anda tetap dapat memanfaatkan apa yang anda belajar, biarpun tidak mengikuti setiap kelas.

Apakah prosesnya setelah saya mendaftar?

Ketika checkout nanti, pastikan anda memberikan no. telefon yang ada Whatsapp (isi dalam borang). Nombor anda akan dimasukkan ke grup Whatsapp cawangan KEPENTAS berdasarkan lokasi anda (kami akan bertanya jika tidak pasti).

Anda juga akan menerima (melalui Whatsapp):
1. Pautan untuk memuat turun 2 buku panduan
2. Pautan untuk membuka akaun duta KEPENTAS (seperti akaun affiliate; setelah mendaftarkan akaun ini, anda akan mendapat pautan referrer untuk dikongsikan)
3. Maklumat lain

Bolehkah saya mendapat diskaun jika mendaftar untuk lebih daripada 1 tahun?

Boleh. Pakej ini boleh diperbaharui dengan yuran RM100 setahun (RM50 yuran ahli + RM50 yuran duta). Jika anda terus mendaftar lebih 1 tahun, yuran duta untuk tahun-tahun seterusnya akan dikecualikan.

Contoh, jika anda mendaftar untuk 2 tahun, anda perlu membayar RM120 (tahun 1) + RM50 (tahun 2) = RM170 sahaja. Anda jimat RM50. Anda boleh mendaftar untuk maksimum 5 tahun dengan penjimatan sebanyak RM200.

Yuran tambahan ini tidak dibayar sebagai komisen.

Bolehkah saya mendaftar sebagai ahli sahaja (bukan duta)?

Boleh. Anda perlu membayar RM70 sahaja. Namun, lebih berbaloi membayar RM120 kerana dengan ini anda akan menerima RM120 untuk setiap ahli baharu yang mendaftar melalui anda.

Sila gunakan borang di bawah jika ingin mendaftar sebagai ahli sahaja:
Borang Pendaftaran Keahlian

Nyatakan nama referrer anda dalam borang ini. Komisen RM70 akan dibayar kepada referrer anda (jika dia duta KEPENTAS).

Daftar Hari Ini!

Maka daftarlah sebagai Ahli & Duta KEPENTAS… ikut mana yang anda berkenan… satu, dua, tiga, empat atau lima tahun. Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai keluarga besar KEPENTAS untuk belajar bersama-sama dan berjaya bersama-sama.

Testimonial Ahli

Percayalah KEPENTAS benar-benar merubah kehidupan saya. Dari tergagap dan banyak penongkat kata. Dalam masa 6 bulan terus merubah diri saya menjadi lebih yakin. Malah tak disangka, saya dilantik menjadi pemimpin dalam banyak kumpulan, contohnya sebagai YDP PIBG, Pengerusi Surau, Pengerusi Taman, AJK Tertinggi Daerah, dll.

~ Mohd Khairi, usahawan, KEPENTAS Kajang

Alhamdulillah syukur saya berpeluang mengikuti kelas KEPENTAS. Kelas yang dipimpin oleh Jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah. Sesi latih tubi dibuat dalam kumpulan-kumpulan kecil bagi memudahkan Jurulatih memantau dan memberikan respons yang teliti. KEPENTAS bagus untuk semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan keyakinan diri.

~ Zaharah, pengusaha tadika, KEPENTAS Pusat Bandaraya

Di KEPENTAS, selain meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara am, peserta akan diajar cara menggunakan intonasi yang betul, memperluas perbendaharaan kata, serta menyampaikan idea dengan jelas melalui pemikiran kritis dan analitikal. Saya telah dapat memguasai kemahiran berkomunikasi secara keseluruhan dan meningkatkan kualiti hubungan interpersonal.

~ Saiful Adli, petugas FELDA, KEPENTAS Temerloh

Sudah lama mencari program yang boleh mengasah bakat dalam kemahiran pengucapan awam. Syukur, dipertemukan dengan KEPENTAS yang padat dengan ilmu dan manfaat dalam menyiapkan diri menjadi seorang yang berkeyakinan bercakap di khalayak. Modul yang disusun khas pastinya boleh digunakan dalam perjalanan menjadi orator berketerampilan.

~ Mohamad Imran, usahawan, KEPENTAS Taiping

Saya bangga dengan penyertaan saya dalam KEPENTAS. Selain menambah pengetahuan dan pengalaman saya, saya juga diberi peluang untuk berhubung dengan pakar-pakar dari seluruh Nusantara. Suasana yang kolaboratif dan inovatif di KEPENTAS benar-benar memacu saya ke arah kecemerlangan sebagai pemidato berwibawa. Sangat menginspirasi!

~ Toh Chee Leong, jurutera awam, KEPENTAS Kuching

Sejak saya menyertai KEPENTAS, saya dapat mempelajari tips-tips untuk berbicara dan memukau peserta. Saya dapat mengasah bakat berbicara saya, saya belajar cara menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan dan juga suara dengan tujuan menarik perhatian peserta. Saya menggunakan tips-tips ini dalam penyampaian kuliah citra di UKM.

~ Bisharuzi, pegawai UKM, KEPENTAS Putrajaya

Sebelum mengikuti KEPENTAS, saya kurang yakin untuk berucap di hadapan orang ramai. Ada perasaan takut, gugup dan gementar. Alhamdulillah setelah berada dalam KEPENTAS, perasaan tersebut sudah dapat saya tangani. Kini saya memegang beberapa jawatan dalam kepimpinan masyarakat, semua ini adalah kerana saya sudah memiliki keyakinan diri untuk berucap di hadapan orang ramai.

~ Jumain, ejen takaful, KEPENTAS Tawau

Saya mencari wadah yang dapat membantu saya mempertingkat cara pengucapan saya ketika saya menjalankan pekerjaan saya dalam bidang latihan industri dan awam. Selepas melalui beberapa sesi pelatihan online yang dianjurkan oleh KEPENTAS, saya percaya inilah wadah yang saya cari selama ini. Terima kasih KEPENTAS!

~ Faizul Bakri, jurulatih CIDB, KEPENTAS Johor Bahru

Sejak saya menghadiri kelas KEPENTAS pada tahun 2017, rakan-rakan saya mengatakan saya semakin berkeyakinan dan bergaya apabila berbicara di hadapan khalayak. Saya sendiri seperti tidak mempercayai akan segala perubahan positif yang telah berlaku ke atas diri saya kerana perubahan itu berlaku secara beransur-ansur. Yang pasti, saya akan terus memperkasa diri bersama KEPENTAS.

~ Raja Marzuki, pesara kerajaan, KEPENTAS K. Terengganu

KEPENTAS merupakan satu platform terbaik untuk saya meneruskan proses pembelajaran di samping mempertingkat kemampuan diri dalam bidang komunikasi. KEPENTAS menyediakan kelas 2 kali sebulan untuk membantu ahli- ahlinya menjadi komunikator yang hebat. Nak jadi komunikator, pengucap awam dan pemimpin? Jom sertai KEPENTAS!

~ Faridda Ashiken, KEPENTAS Ipoh

Anda belum bersedia untuk mendaftar?

Sila layari kepentas.com untuk maklumat lanjut

© 2024 Kelab Pidato Perdana Antarabangsa (KEPENTAS). Hak cipta terpelihara.