Testimonial Ahli-ahli KEPENTAS
Sepanjang latihan di dalam kelab ini, saya dapat belajar bagaimana hendak berpidato dengan cara yang betul, mencabar diri untuk mempertingkatkan prestasi di samping berjumpa dengan ramai kawan baru yang memberi perangsang untuk terus mencuba. Kelab ini mampu meningkatkan rasa percaya diri serta kemahiran dalam pidato kepada sesiapa sahaja yang memang mencari ilmu dan memartabatkan bahasa Melayu.
Khalid – KPP Singapura
Sebelum masuk Kelab Pidato Perdana, saya sering memakai nota untuk berucap dan selalu berasa gementar apabila bercakap di depan khalayak ramai. Setelah beberapa kelas yang saya ikuti, alhamdulillah saya berjaya mengatasi gementar dan berucap tanpa memakai nota.
Ekmal – KPP Pusat Bandaraya
KPP sangat bagus dan memberi pendedahan kepada saya dalam berpidato serta berkomunikasi dengan berkesan. Dalam pada masa yang sama, banyak ilmu baru dan perkongsian ahli yang lebih berpengalaman membuat saya kagum dengan KPP untuk terus membaiki diri ke tahap yang lebih baik.
Saiful – KPP Putrajaya
Alhamdulillah! Penguasaan pengucapan awam saya semakin bertambah baik sejak menyertai Kelab Pidato Perdana (KPP). Barisan jurulatih juga mantap dan bersedia memberi tunjuk ajar cara pengucapan awam yang betul. Mereka tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman. Rakan-rakan seperjuangan sentiasa membantu, memberi sokongan dan semangat untuk kejayaan bersama. Saya tidak lagi kekok ketika memberi ucapan mahupun dijemput media massa untuk ditemuramah. Ilmu yang diperolehi di KPP banyak manfaatnya dan berjaya digunapakai di dalam kerjaya saya sebagai Juruhebah Sambilan, Jurulatih Pidato untuk pelajar dan belia serta untuk suara latar iklan, video korporat dan rancangan dokumentari. Saya juga adalah Duta Kempen Pendermaan Organ di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Nak tahu cara mengatasi darah gemuruh dan membina keyakinan diri ketika berucap? Sertailah KPP, masih belum terlambat untuk bermula.
Idris – KPP Pusat Bandaraya
Terima kasih Cik Sandy kerana memperkenalkan kelas kepada kami. Dulu saya terlalu gemuruh untuk bercakap di khalayak ramai. Sekarang saya gembira gemuruh saya dah hilang bila menggunakan teknik yang diajar di KPP. Terimakasih Sandy, terima kasih Ustaz Fauzi.
Shamsani – KPP Alor Setar
Saya aktif menyertai KPP Johor Bahru sejak hujung 2013. Semakin hari semakin sayang dengan KPP. Sebab apa saya kata begitu, sebabnya begini….. Sejak saya menyertai KPP ni keyakinan diri saya semakin meningkat. Buktinya, saya telah berjaya meyakinkan penyumbang untuk menyumbang kepada majikan saya dengan nilaian projek menganjak ke angka RM100,000 setakat hari ini. Saya juga mempunyai keyakinan untuk berucap secara spontan. Tahniah kepada diri saya. Saya bangga menjadi ahli KPP.
Azmy – KPP Johor Bahru
Pengalaman saya sejak dari bangku sekolah hingga ke IPT, saya sememangnya seorang yang pemalu untuk berucap di khayalak awam. Kadang-kadang mengelak untuk berucap. Tetapi, berbekalkan semangat untuk terus berubah ke arah yang lebih baik, saya mencabar diri saya untuk berdiri di hadapan. Alhamdulillah, impian saya untuk terus sukses ke arah yang lebih baik termakbul apabila saya ditemukan dengan KPP. Terima kasih KPP! Anda semua telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Menjadi azimat untuk saya terus berjaya di masa hadapan. Pengalaman melihat rakan-rakan KPP yang petah berkata-kata, tidak jemu didengari, dan tips-tips yang diberikan amat membantu dalam kehidupan komunikasi seharian saya. Terima kasih semuaaa
Rasyidah – KPP K. Terengganu
Walaupun baru beberapa kali saya menyertai kelas KPP, tetapi keyakinan saya dalam berucap di hadapan khalayak umum semakin meningkat. Apa yang menarik tentang kelas KPP ini adalah setiap kali kelas kita perlu berucap mengikut teknik yang telah diajar, kemudian Jurulatih akan terus memperbetulkan kesilapan supaya seni ucapan bertambah mantap.
Asreen – KPP Kajang
KPP adalah platform untuk saya memahami teknik sebenar berpidato. Berbicara di khalayak lebih terasa kepuasannya bila teknik yang dipelajari diadaptasi melalui hujah dan bahasa badan. Namun ilmu melalui pembacaan dan latihan suara wajar membawa pemidato kepada kecemerlangan.
Hj. Hafiz – KPP Melaka
Saya amat berterima kasih kepada Pengerusi, Jurulatih, penaja dan semua yang terlibat di sebalik tabir menjayakan KPP. Sebelum ini saya tiada asas langsung dalam bidang pidato dan pengucapan awam. tetapi modul KPP amat sesuai kepada semua orang tidak kira latar belakang pendidikan. Amat-amat berbaloi dan amat rugi sesiapa yang mengetahui kewujudan KPP tetapi tidak ambil manfaatnya.
Hairul – KPP Johor Bahru
SAYA MULA MENYERTAI KPP PADA TAHUN 2013 GENAP UMUR 40 TAHUN, MEMANG MASA UNTUK BERUBAH DAN KPP BANYAK MENGUBAH CARA PENGUCAPAN SAYA, MAKIN LAMA MAKIN BANYAK YANG NAK DIPELAJARI MELALUI KPP. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGELOLA KHASNYA SANDY TAN YANG KUAT BERUSAHA HINGGA MELAHIRKAN RAMAI INDIVIDU YANG MAHIR BERUCAP. DI KPP DI SETIAP KELAS PEMIDATO AKAN DIKOMEN DIULAS PENYAMPAIANNYA AGAR MAKIN LAMA SEMAKIN BERTAMBAH BAIK PIDATONYA. HANYA DI KELAB PIDATO PERDANA. MEMANG TEEERBAIK.
Idris – Putrajaya
Ketika baru menyertai KPP saya gemuruh untuk bercakap depan ramai, sehingga mengambil masa untuk bercakap sepatah kata. Setelah diberikan kata semangat dan tunjuk ajar oleh Jurulatih dan mentor, saya dah semakin berani dan yakin untuk bercakap sehingga pada kelas yang seterusnya tak sabar lagi untuk bercakap dan berceloteh di hadapan rakan-rakan. Saya sarankan kepada sesiapa yang ada perasaan sedemikian datanglah ke KPP untuk belajar ilmu pidato ini. Sesiapa sahaja boleh lontarkan pendapat dalam suasana yang mesra dan penuh motivasi. Hidup KPP.
Rizulmi – Putrajaya
Saya seorang guru bahasa Melayu. Saya juga salah seorang jurulatih koakademik bahasa negeri terutama bidang pidato untuk peringkat kebangsaan. Jawatan sebagai Pengerusi Teknik Pidato Negeri suatu ketika dahulu turut memberikan peluang kepada saya menjadi hakim di mana-mana pertandingan anjuran JPN dan KPM. Namun, saya tetap ingin menyertai KPP sebagai pendedahan kepada kepelbagaian seni pengucapan awam. Di samping itu, saya suka menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Proses sentiasa belajar tidak pernah bernoktah di dalam kamus hidup saya. Semakin saya belajar, semakin banyak ilmu yang ingin saya ketahui. Lain orang lain ragam dan teknik pengucapannya. Saya juga berkesempatan berucap dan menerima banyak komen untuk peningkatan diri dari semasa ke semasa.
Rosmah – Putrajaya
Kelab Pidato Perdana adalah medium terbaik di Malaysia untuk memupuk budaya berbicara bahasa Melayu dengan tatacara yang betul. Sebagai pelajar universiti, pembudayaan bahasa Melayu ini dalam pengucapan awam amat penting kerana mampu membentuk karakter dan personaliti seseorang. Syabas KPP!
Fadzrul – KPP K. Terengganu
Saya mula ada keyakinan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai. Kelab ini santai dan tak stres. Walaupun ramai yang masih belum mahir, semangat untuk mencuba amat membara dalam jiwa. Tahniah kepada kelab yang memberi tunjuk ajar dan peluang untuk meningkatkan keyakinan diri.
Hasnah – KPP Sg. Petani
Saya telah menyertai KPP selama 3 kelas. Program ini amatlah berkesan pada diri saya terutamanya bila berdepan dan berucap di khalayak ramai. Terima kasih pada KPP kerana mengadakan program seperti ini.
Robiah – KPP Teluk Intan
KPP adalah pentas terbaik untuk kita meneroka potensi dalam bidang pengucapan awam. Ahli-ahlinya sangat positif dan mempunyai semangat yang sangat mengagumkan. Menjadi cabaran bagi kita semua untuk meningkatkan kemahiran diri dalam bidang komunikasi dan KPP adalah tempat yang terbaik.
Adib – KPP P. Pinang
Dulu saya merasa gemuruh & gugup yang melampau sehinggakan menjejaskan tugas saya sebagai Pengarah Urusan, bercakap dengan terketar-ketar berserta penuh diiring “penongkat kata” semasa mesyuarat dan pembentangan syarikat, apatah lagi jika menghadiri mesyuarat bersama pelanggan daripada agensi-agensi yang berkuasa. Dalam aktiviti komuniti pula, saya mengelak untuk dipilih sebagai pemimpin. Kadang kala terpaksa menjadi imam jemaah masjid, saya menggeletar & basah berpeluh. Kini selepas melalui latihan KPP, alhamdulillah semuanya boleh dikawal.
Hj. Mutti – KPP Putrajaya
Saya sekarang dah boleh bercakap di depan khalayak ramai. Tiga tahun yang lalu saya sangat takut, gementar dan tak tahu apa nak cakap. Sekarang apa saja yang diutarakan, saya mampu menjawab dan berkata-kata sesuatu di hadapan mereka. Saya benar-benar menyokong anda semua yang menghadapi masaalah yang sama seperti saya agar daftarlah dan berlatihlah pidato dlm KELAB PIDATO PERDANA. KPP terbaik!!
Sahrim – KPP Johor Bahru
Saya berbangga menjadi ahli KPP ini, mendapat ilmu pidato yang teratur dan berdisiplin dan diuji kepintaran dan kepetahan bercakap. Terima kasih KPP. Saya ingin terus bersama KPP.
Hj. Hashim – KPP Teluk Intan
Saya menyertai Kelab Pidato Perdana pada bulan Sept 2015. Saya mendapat banyak faedah terutamanya dari segi pengucapan awam. Sebelum menyertai KPP saya tidak ada keyakinan untuk berucap di hadapan khalayak, namun segalanya berubah kerana sekarang saya sudah mampu untuk bercakap di hadapan orang ramai, bahkan ia adalah sesuatu yang amat tidak saya bayangkan. Saya mencadangkan kepada sesiapa yang ingin untuk mampu berucap dengan yakin maka KPP adalah tempat yang sesuai, kerana di sini kita diberi latihan dan kaedah bagi pengucapan awam oleh Jurulatih yang berpengalaman.
Najieb – KPP Putrajaya
Sejak menyertai Kelab Pidato Perdana saya sering diundang memberi ceramah dan menjadi Pengacara kerana saya semakin petah dan yakin untuk bercakap di khalayak ramai.
Fauziah – KPP Batu Pahat
Kelab Pidato Perdana ternyata telah membuka 1001 potensi dalam diri saya. Saya lebih berkeyakinan menyampaikan maklumat yang efektif dan berkesan pada pendengar.
Mardiana – KPP P. Pinang
Satu bulan yang lalu, setiap kali saya membuat ucapan di khalayak ramai, saya pasti gugup dan tidak mampu bertutur dengan lancar. Setelah saya mengikuti aktiviti Kelab Pidato Perdana, segala masalah itu telah saya tangani dengan baik sekali. Terima kasih kepada seluruh ahli Kelab Pidato Perdana.
Mokhzani – KPP Putrajaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli KPP terutama pada peneraju kita Cik Sandy Tan dan juga kepada yang teristimewa Ustaz Mohd Asri Ismail pembimbing kelas KPP Dungun. Saya Anon Ismail / Kak Mahani adalah peserta KPP Dungun yang telah masuk siri kedua. Bersyukur sangat-sangat dapat menimba ilmu dalam pengucapan awam. Kini saya lebih yakin untuk bercakap di hadapan umum serta sedar bahawa saya sangat-sangatlah miskin ilmu dan saya nekad untuk terus pembelajaran semampu mungkin. Saya juga rasa inilah satu cabang saya dapat tingkatkan diri sebab setiap hari saya terlibat dengan orang ramai dalam MLM, politik dan NGO. KPP terbaik dan dengan kadar yuran termurah di dunia siapa yang tak ambil ruang dan peluang adalah sangat-sangat rugi. Apatah lagi yang masih muda. Semoga KPP akan terus berkembang maju ke seluruh negeri dan daerah. Terima kasih.
Ani – KPP Dungun
Yurannya yang dikelaskan harga mampu bayar serta pembelajaran yang menekankan praktikal berbanding teori dan suasana santai, jadi sesuai dijadikan kelas riadah sambil belajar. Taklah rasa macam masuk sekolah.
Khairul Anuar – KPP Dungun
KPP menyediakan platform untuk saya berlatih berpidato. Saya faham kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Begitu juga kekuatan dan kelemahan orang lain. Walaupun sudah 6 tahun saya masih bersama KPP. Banyak lagi yang saya perlu pelajari.
Mogana Rau – KPP Putrajaya
Dulu saya takut untuk bercakap di khalayak ataupun dalam pembentangan di tempat kerja… setelah belajar di KPP saya telah diajar dengan teknik-teknik dalam pengucapan awam. Teknik yang unik membuatkan saya lebih berkeyakinan serta faham bagaimana nak mempengaruhi audiens dalam pengucapan atau pembentangan saya. Yuran yang rendah serta tenaga pengajar yang penuh dengan pengalaman. Oh satu lagi saya sentiasa diberi waktu untuk berucap dalam setiap pertemuan kelas yang mana saya boleh praktis dan diberikan teguran untuk saya terus maju dalam pengucapan awam. Saya dah sertai anda bila pula… Jom sertai saya di KPP.
Mustafa – KPP Kajang
Melalui pembelajaran di Kelab Pidato Perdana, perasaan kurang yakin dan gugup tidak lagi menjadi masalah. Berasaskan pempelajaran berkesan di KPP pastinya anda boleh berdiri sebagai pemidato yang hebat! Kini saya boleh bercakap dengan baik di hadapan orang ramai.
Zulmizam – KPP K. Terengganu
Saya rasa teruja apabila ada orang ingin mendengar apa yang saya ucap. Sedap atau tidak, ucapan saya diajar untuk ditambahbaik. Terima kasih atas teguran jurulatih-jurulatih dan rakan-rakan sekalian. KPP mempunyai modul yang baik dalam pelbagai jenis ucapan, penekanan penggunaan masa dan isi ucapan membuat kita lebih rajin untuk lebih bersedia. Dulu saya lebih gemuruh, kurang yakin di khalayak dan rasa sangat malu berhadapan orang ramai. Dengan sokongan dari rakan-rakan, sekarang saya berasa lebih yakin, rasa gemuruh kurang dan lebih berani ke hadapan. Sememangnya KPP ini kelab yang unik dan ada keistimewaan yang tersendiri, kalau anda nak tahu apa keistimewaannya saranan saya sertailah KPP sekarang.
Sa’diah – KPP Johor Bahru
Keunikan KPP adalah ianya seumpama terapi untuk membolehkan ahli memperbaiki teknik pengucapan awam secara beransur-ansur tetapi berkesan dan berkekalan. Ini berbeza dengan kursus-kursus pengucapan awam yang lain yang menjanjikan penambahbaikan yang mendadak tetapi belum tentu berkekalan. Setelah setahun bersama KPP, saya bukan sahaja dapat memperbaiki teknik-teknik dalam pengucapan awam tetapi dapat berkenalan dengan rakan-rakan KPP yang mempunyai matlamat yang sama. Mereka ibarat kumpulan terapi saya.
Ramli – KPP Teluk Intan
Dulu saya tak mampu ke khalayak untuk berucap kerana tak mampu memandang hadirin dan mengakibatkan penongkat kata saya bertambah. Tetapi selepas menyertai KPP saya berasa lebih selesa dan yakin bila berucap. Ia adalah hasil daripada 8 asas yang dipraktikkan setiap kali menghadiri kelas KPP. #syabasKPPsygKPP #alahbisategalbiasa
Zaiton – KPP P. Pinang
Alhamdulillah.. terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan KPP dan sahabat-sahabat yg semuanya baik budi dan mesra. Walaupun jauh perjalanan hampir 90 km, saya tetap bersemangat untuk bersama sahabat-sahabat sekelas untuk mendalami ilmu pengucapan awam ini. Kelemahan saya masih ketara lagi dari sudut penongkat kata.. lain2 teknik insya-Allah dah boleh menguasai.. walaupun bukan seratus peratus. Saya berharap dapat meneruskan sesi seterusnya demi untuk menguasai teknik 8+8 sepenuhnya. Akhir kalam.. teirma kasih tuan pembimbing.. Ustaz Fauzi.. tuan rumah.. Ustaz Khusairi.. sahabat-sahabat semua dan tak lupa Cik Sandy.. Ustaz Asri dll. Assalamualaikum.
Hashimi – KPP Alor Setar
Sebelum bertemu KPP, bila nak berucap pastinya terasa gemuruh, terketar-ketar, sejuk kaki tangan, idea terhenti di tengah jalan, buntu, berucap tak lancar dan banyak penongkat kata, tidak berani melihat hadirin, tangan kaku dan tak tahu nak gerakkan manakala suara perlahan dan tidak tahu untuk kuatkan suara. Selepas mengenali KPP dan mengikuti kelas yang diadakan 2 kali sebulan, Alhamdulillah banyak manfaat dan kebaikan yang diperolehi diantaranya:
Kushairi – KPP Alor Setar
1. Saya berkeyakinan dan bertambah semangat ketika berucap di hadapan hadirin
2. Tidak lagi gementar dan dapat mengawal perasaan gemuruh
3. Dapat melontarkan suara yang kuat semasa berucap serta berani melihat hadirin di hadapan pada setiap penjuru
4. Idea tidak terputus semasa berucap dan dapat menyingkirkan penongkat kata
5. Tangan boleh digerak-gerakkan semasa berucap
Tahniah dan syabas pada Cik Sandy kerana mewujudkan KPP ini dan kepada guru-guru lebih-lebih lagi jutaan terima kasih kepada Ustaz Majdil Fauzi yang sanggup datang dari jauh untuk mengajar kami di Alor Setar.
Saya berasa bersyukur dapat menyertai Kelab Pidato. Tenaga pengajar yang berkemahiran utk melatih dan memberi tunjuk ajar kepada saya orang baru. Biarpun saya ahli baru namun layanan mereka berikan macam ahli keluarga yang menjadikan kita tidak segan untuk berlatih. Kelab pidato mengajar saya berucap spontan tanpa skrip.
Neng Hayati – KPP Putrajaya
Setelah menyertai KPP banyak perubahan dalam diri, terutamanya keyakinan untuk bercakap di hadapan orang ramai, kurang rasa gementar dan banyak lagi. Selain daripada teknik asas pemidato diajar, terdapat juga petua-petua yang berkesan bagi membantu dlm pengucapan.
Sobri – KPP Kajang
1. Kelab Pidato Perdana banyak memberi pendedahan kepada saya berkaitan pengucapan awam melalui latihan berucap di hadapan rakan-rakan kelab
Saufi – KPP Kuantan
2. Tips dan teguran yang mudah difahami melalui pendekatan Ustaz Asri
3. Perkongsian daripada ahli-ahli yang berpengalaman
Saya dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia melalui sesi-sesi KPP. Selain itu, teknik-teknik berpidato juga boleh dipelajari. Amat bebaloi untuk menyertai KPP.
Adam Ooi – KPP Kuala Lumpur
Saya mempunyai minat yang mendalam dalam pengucapan awam sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun begitu, saya terpaksa memendam minat saya kerana tiada tempat untuk saya belajar dan praktis kemahiran seni berpidato. Pada tahun 2016, saya terjumpa halaman Kelab Pidato Perdana (KPP) di Facebook dan saya terus menjadi ahli KPP. Dari minggu ke minggu, saya dapat memperbaiki kelemahan dan meneroka kekuatan baru sehingga saya dapat menguasai teknik-teknik berpidato yang betul seperti yang digariskan oleh KPP. Kini, saya lebih berkeyakinan bercakap di hadapan khalayak. Malah, saya mula percaya pada diri bahawa saya juga mampu menjadi seorang pemidato yang berwibawa seperti orang lain.
Fitri – KPP Taiping
Dulu sebelum menyertai KPP saya tidak boleh berucap di hadapan audiens kerana tiada ilmu pengetahuan untuk bercakap di hadapan audiens, pengetahuan berucap kosong dan mempunyai darah gemuruh tetapi setelah menyertainya saya boleh berucap di hadapan audiens dan dapat mengurangkan kelemahan semasa berucap.
Borhan – KPP Pusat Bandaraya
Hari ini, ada banyak program latihan pengucapan awam komersil yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, KPP menawarkan modul latihan yang berbeza kerana lebih bersifat latihan kendiri. Peserta tidak hanya diberi pendedahan bahkan dikehendaki mempraktikkan ilmu yang dipelajari secara konsisten dan dinilai oleh rakan-rakan pada masa yang sama. Modul latihan KPP juga tidak terlalu teknikal manakala sesi latihan melalui kelas-kelasnya bersifat santai memudahkannya diikuti oleh para peserta daripada pelbagai latar belakang akademik. Selain itu, yuran keahlian yang dikenakan juga adalah amat berpatutan, berbanding dengan program-program lain di luar menyebabkan peserta tidak terbeban untuk menyertai KPP. Sebagai penjawat awam yang berkhidmat secara terus dengan orang ramai dalam urusan kerja seharian, saya mengesyorkan individu yang ingin mempertingkatkan kompetensi diri bagi tujuan kemajuan kerjaya terutamanya penjawat awam yang lain supaya menyertai KPP.
Syukri – KPP Sg. Petani
Saya mempunyai banyak penongkat kata. Memang susah nak kawal. Dalam asas 8 jika ada penongkat kata dikira gagal lah. Tapi dengan kerap berlatih di Kelab Pidato Perdana akhirnya saya berjaya. Berjaya lepas tahap Pemidato Mahir Pangkat 2. Power kelab pidato. Thank you very much.
Hayati – KPP P. Pinang
KPP telah memberi ilmu pengucapan awam yang penting buat diri dan karier saya. Segala tunjuk ajar dan peluang memberikan ucapan pada setiap sesi menjadikan peserta lebih yakin dan berkebolehan dalam menyampaikan ucapan awam.
Amir – KPP Kuantan
Saya tinggal di Sepang, Selangor dan telah menyertai Kelab Pidato Perdana cawangan Kajang sejak setahun yang lalu. Pekara pertama yang amat membanggakan diri saya adalah saya mampu bercakap di depan khalayak ramai tanpa rasa gementar yang keterlaluan dan boleh mengawal rasa gementar saya yang sebelum ini ia adalah pekara yang paling saya takut dan malu untuk lakukan. Saya berterima kasih pada KPP yang telah melatih saya banyak perkara tentang pengucapan awam. Saya akan terus bersama KPP selama yang saya mahukan kerana KPP adalah kelab yang terbaik dan kelab tunggal di Malaysia yang melatih masyarakat Malaysia tentang pengucapan awam. Terima kasih Kelab Pidato Perdana.
Hashim – KPP Kajang
Walaupun hanya baru saya hadir ke kelas dan telah diberikan peluang untuk berpidato di khalayak ramai, ini adalah langkah pertama saya untuk saya terus melangkah. Dengan keadaan kelas yang tidak berapa ramai, menyebabkan saya rasa selesa dan tidak segan. Saya sudah mulai rasa sedikit keyakinan dan bersemangat untuk menambahkan lagi keyakinan pada diri saya. Insya-Allah saya yakin andai saya diberi peluang dengan latihan-latihan dan tunjuk ajar dan semangat serta sokongan dan dorongan daripada tenaga pengajar dan rakan-rakan, saya pasti saya akan menjadi seorang yang berani bercakap di khalayak ramai.
Zailan – KPP Kajang
KALAU ANDA TANYA SAYA TENTANG KPP…
Khairul Nizam – KPP Teluk Intan
SAYA AKAN KATA…
INI SATU KELAB YANG BERBEZA…
KALAU ANDA TANYA SAYA APA KPP BUAT PADA SAYA…
SAYA AKAN KATA…
KPP BUAT SAYA DARI BIASA KEPADA LUAR BIASA…
KALAU ANDA TANYA APA YANG LUAR BIASANYA…
SAYA AKAN KATA…
SAYA SENDIRI PUN TIDAK PERCAYA…
SAYA KINI MAMPU BERBICARA…
DIHADAPAN SESIAPA SAHAJA…
KALAU ANDA RASA TAK PERCAYA…
SAYA AKAN KATA…
MARI BERSAMA KAMI…
PASTI… ANDA AKAN RASA KELAINANNYA…
SELAMAT MAJU JAYA BUAT KPP!!!
KPP telah banyak meningkatkan keyakinan diri, berbicara secara lebih sistematik dan teratur serta berpeluang bersosial dengan teman-teman dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan pangkat. Ini dapat dibuktikan apabila saya mahir berbicara saya ditawarkan ke beberapa jawatan tinggi serta tawaran di peringkat korporat serta NGO untuk saya terajui. Alhamdulillah, bila berilmu segala perkara menjadi mudah.
Dr. Khariman – KPP Batu Pahat
Saya baru hadir 3 sesi, KPP ini banyak manfaatnya. Terutama sekali KPP banyak mendidik menjadi berani dan membuat kita sedar rupa-rupa kita juga boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Tqvm pada penganjur dan pengajar yang terlibat.
Latiff – KPP Sg. Petani
Setakat sekarang ini, memang terbaik Kelab Pidato Perdana kerana dahulu saya ini seorang yang cepat kering idea apabila berkata-kata depan orang ramai, tapi apabila dengan group pidato ini, saya berlatih untuk mencairkan idea di otak.
Safeeq – KPP Sg. Petani
Saya gemuruh. Kadang-kadang saya hilang kata-kata. Bila dilatih dengan teknik buang nota, salah satu asas dalam 8 asas, ia memaksa saya untuk lebih yakin. Latihan adalah penting, lebih-lebih lagi bila ada guru memantau. Syabas #kelabpidatoperdana dan terima kasih.
Faisal – KPP P. Pinang
Saya Meor Abd Rahman Meor Zainudin dikenali dalam muka buku sebagai Engku Mye. Kepakaran saya memberi inspirasi aroma wangian perfume kepada mereka yang ingin tampil yakin dan berani berbatu jauhnya selama 24 jam sehari 7 hari seminggu. Tujuan saya masuk KPP adalah untuk mencungkil potensi saya dan membina keupayaan untuk berinteraksi melalui muka buku live feed. Syukur alhamdulillah sepanjang menyertai KPP saya rasa terhibur seakan seperti keluarga. Penuh dengan usikan-usikan agar terus sukses dalam pengucapan. Saya dari KPP Taiping, orang-orang lebih senior dalam KPP sudi beri tunjuk ajar. Saya suka dan seronok. Dan ahli-ahli dalam KPP ini ada dari pelbagai latar belakang. Maksudnya saya dapat mengenali rakan-rakan yang dalam bidang perniagaan, bidang politik dan bidang korporat. Sepanjang saya menyertai kursus-kursus lain tidak pernah lagi jumpa dengan mereka yang mempunyai agenda yang sama iaitu berpidato. Dan kini saya dah jumpa dan saya bersyukur.
Meor – KPP Taiping
Baru kelas kedua, saya sudah merasakan kelainan dalam diri saya, keyakinan sudah ada, teknik makin menyerlah. Saya yakin kelak saya akan berjaya dlm pengucapan awam.
Arinoor – KPP Kota Bharu
Sebelum menyertai KPP saya merupakan seorang yang paling akan mengelak untuk bercakap di khalayak ramai, tetapi setelah menyertai KPP dan mempelajari teknik asas 8 dan mempraktikkannya pada setiap kelas saya tidak lagi merasa segan untuk ke hadapan.
Mohd Noor – KPP Seremban
Mesej yang cuba anda sampaikan bilamana anda bercakap dengan bakal pelanggan anda adalah sangat sangat penting, ya! Di KPP saya sentiasa dibimbing oleh Jurulatih, bagaimana cara bercakap yang sesuai supaya saya tampil yakin berbincang dengan ibu bapa yang mahu menghantar anak ke taska saya. Jadi para sahabat hawa sekalian, tanpa mengira apa jua bidang perniagaan anda, di KPP, ANDA juga boleh belajar untuk tampil yakin bercakap seperti saya!
Akma – KPP Pusat Bandaraya
Bagi saya di KPP inilah tempatnya, di sinilah landasannya, pentasnya untuk kita belajar mengenali kelemahan diri dan memperbaiki serta memantapkan lagi teknik atau “skill” pengucapan awam kita supaya lebih baik, lebih jitu dan lebih berkesan lagi. Tambahan pula yuran belajarnya murah dan mampu untuk semua lapisan masyarakat. Marilah bersama-sama saya menyertai KPP.
Omera – KPP Melaka