Misi & Visi KEPENTAS
Visi KEPENTAS
Semua rakyat Malaysia dan warga Nusantara mampu menyampaikan ucapan yang berkesan dalam bahasa Melayu
Cogan kata KEPENTAS: Lestarikan Bahasa, Senikan Bicara
Misi KEPENTAS
Misi 1
Menubuhkan kelab pengucapan awam bahasa Melayu untuk dewasa dan remaja di seluruh Nusantara
Misi 2
Menganjurkan program jangka pendek untuk awam dan organisasi berdasarkan keperluan
Misi 3
Membina silibus yang berkesan dan membangunkan Jurulatih yang berwibawa untuk menyebarkan ilmu pengucapan awam di dalam dan di luar KEPENTAS
No. Pendaftaran Pertubuhan: PPM-035-10-13122012
Logo KEPENTAS
Logo ini menggambarkan pentas (garis melintang), rostrum (huruf T), pemidato (bulatan mewakili kepalanya) dan sinar cahaya yang dipancarkan oleh pemidato (lengkungan).
Warna biru (R: 0, G: 93, B: 160 atau #005DA0) melambangkan laut yang mengelilingi Nusantara. Warna oren/ambar (R: 255, G: 178, B: 0 atau #FFB200) melambangkan mentari yang menyinari Nusantara. Gabungan biru dan oren ini melambangkan Nusantara dan bahasa Nusantara iaitu bahasa Melayu.
Warna biru juga melambangkan ketenangan, kematangan pemikiran dan kebolehpercayaan. Manakala warna oren/ambar turut melambangkan keyakinan, kemesraan dan optimisme. Gabungan ini adalah ciri-ciri yang harus ada pada seorang pemidato.