Visi & Misi

Visi KEPENTAS

Semua rakyat Malaysia dan warga Nusantara mampu menyampaikan ucapan yang berkesan dalam bahasa Melayu

Cogan kata

Lestarikan Bahasa, Senikan Bicara

Misi KEPENTAS

Misi 1 – Menubuhkan kelab pengucapan awam bahasa Melayu untuk dewasa di seluruh Nusantara

Misi 2 – Menubuhkan kelab pengucapan awam bahasa Melayu untuk remaja di seluruh Malaysia

Misi 3 – Menganjurkan kursus pengucapan awam jangka pendek untuk awam dan organisasi

Misi 4 – Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang peranan dan kepentingan pengucapan awam bahasa Melayu, khususnya melalui program kerjasama dengan organisasi lain

Misi 5 – Membina silibus yang berkesan dan membangunkan Jurulatih yang berwibawa untuk menyebarkan ilmu pengucapan awam di dalam dan di luar KEPENTAS

Logo KEPENTAS

Logo ini menggambarkan pentas (garis melintang), rostrum (huruf T), pemidato (bulatan mewakili kepalanya) dan sinar cahaya yang dipancarkan oleh pemidato (lengkungan).

Warna biru (R: 0, G: 93, B: 160 atau #005DA0) melambangkan laut yang mengelilingi Nusantara. Warna oren/ambar (R: 255, G: 178, B: 0 atau #FFB200) melambangkan mentari yang menyinari Nusantara. Gabungan biru dan oren ini melambangkan Nusantara dan bahasa Nusantara iaitu bahasa Melayu.

Warna biru juga melambangkan ketenangan, kematangan pemikiran dan kebolehpercayaan. Manakala warna oren/ambar turut melambangkan keyakinan, kemesraan dan optimisme. Gabungan ini adalah ciri-ciri yang harus ada pada seorang pemidato.

No. Pendaftaran Pertubuhan: PPM-035-10-13122012