Pengenalan kepada KEPENTAS

(Untuk tetamu kelas bersemuka)

Kelab Pidato Perdana Antarabangsa (KEPENTAS) ditubuhkan pada tahun 2009 untuk membantu rakyat Malaysia dan warga Nusantara mempertingkat kemahiran menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu. Cogan kata KEPENTAS ialah “Lestarikan Bahasa, Senikan Bicara”. Sehingga kini, KEPENTAS telah menubuhkan 36 cawangan di 5 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Kami menawarkan wadah pelatihan berterusan melalui Kelas Pengucapan Awam yang diadakan secara online dan bersemuka. Kelas online diadakan setiap Isnin malam untuk seluruh ahli KEPENTAS. Di KEPENTAS [nama cawangan], kelas bersemuka diadakan [1 atau 2] kali sebulan pada [hari dan masa].

Kami mengalu-alukan tetamu untuk mendaftar sebagai ahli dengan yuran yang sangat berpatutan iaitu yuran masuk RM20 dan yuran tahunan RM50. Sila berurusan dengan Ketua Cawangan [nama] jika berminat untuk mendaftar.